Komen dan Cadangan

         Latihan industri merupakan salah satu landasan yang memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di Politeknik dalam suasana pekerjaan sebenar. Pilihan Politeknik untuk  memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan industri memang sangat baik. Terdapat banyak kebaikan yang dapat dilihat dan dipelajari samada secara fizikal ataupun mental.

Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi panduan kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar, malahan dapat juga diaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri. Antaranya, kerja  atau tugasan yang diberikan tidak bersesuaian dengan modul yang dipelajari oleh pelajar. Memang pada mulanya tempat latihan industri berjanji akan memberi tugasan yang bersesuaian namun tidak semua tugasan menjurus kepada apa yang telah dipelajari oleh pelajar.
          

Berikut adalah komen dan cadangan dalam masalah yang timbul sepanjang menjalani latihan industri.

Pihak Mesra Web.
Terdapat beberapa kelemahan dan kelebihan yang ada bagi pihak organisasi yang perlu dipertingkatkan :
Antara kelemahan yang terdapat pada Pejabat Mesra Web Ini ialah:

  • Pihak Mesra Web perlu memberi tunjuk ajar yang secukupnya kepada pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat ini. Sebagai contoh ,semasa Program Inovasi yang memerlukan pelajar membina sistem atau laman web yang pelajar tidak pernah pelajari sebelum ini perlulah diajar atau dipantau oleh Unit Teknologi Maklumat kerana progress kerja Program Inovasi memerlukan pelajar melakukan kerja membina sistem dilakukan dengan cepat dan banyak memberi tekanan kepada pelajar.
  • Pelajar tidak sepatutnya diberi tugasan untuk mengangkat telefon ketika pelanggan  menelefon Mesra Web oleh kerana pelajar tidak mempunyai pengetahuan selok belok mengenai prosedur pejabat  tersebut .


Antara kelebihan yang terdapat di Mesra Web ini pula ialah:

  • Staf-staf yang bekerja di syarikat ini amat ramah dan boleh membantu serta memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya.
  • Mereka memberi peluang kepada pelajar praktikal untuk menyertai aktiviti sosial, membuat tugasan yang penting, terlibat dalam program dan aktiviti kerja luar yang dijalankan oleh Mesra Web.

 Pihak Pelajar

Terdapat beberapa komen kepada pelajar yang akan atau sedang menjalani latihan industri:
  • Pelajar perlu memilih dan bertanya dengan jelas mengenai tempat yang menerima pelajar latihan industri sebelum membuat keputusan untuk menjalani latihan industri disitu, ini adalah untuk mengelak daripada sebarang masalah  semasa menjalani latihan industri. Tetapi jika pelajar sedang menjalani latihan industri dan tempat pelajar menjalani latihan industri tidak memberi tugasan yang bersesuaian dengan bidang pelajar, pelajar harus akur dan sedar bahawa di dalam dunia pekerjaan yang sebenar kadang kala kita akan melakukan pekerjaan diluar bidang kita tetapi kita harus cuba untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
  • Pelajar perlu mengetahui lokasi kawasan tempat latihan industri bagi mengelak daripada masalah pengangkutan jika tempat latihan industri tersebut  jauh daripada kawasan kediaman pelajar terutama bagi pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu bagi mengelakkan sebarang masalah.
  • Pelajar perlu tahu cara pemakaian formal untuk ke tempat kerja. Kebanyakan pelajar latihan industri memakai pakaian yang tidak bersesuaian untuk di pakai ke tempat kerja, masalah ini bukan sahaja memberi impak buruk kepada diri pelajar malah turut memberi kesan kepada nama IPT / IPTS tempat pelajar tersebut belajar.

Blog Twitter Facebook Gmail Favorites

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes